CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 28, 2008

IMPAK 'MAKSIMA' PRU12

Hai u ols.

Walaupun bahang pilihanraya umum ke 12 dah jadi suam suam kuku, namun mak nak stori gak sedikit tentang PRU12 ni. Umum tahu bahawa kerajaan BEE ANNE tidak mendapat tempat lagi di hati rakyat, yang mungkin sudah bosan dengan janji manis, idea-idea yang mundur dan sikap EGO, SOMBONG, TAKABUR DAN JELEK pucuk pimpinannya.

"jom kita pakat kluaq barisan..."

Baik dari peon yang bekerja di pejabat parti komponen BEE ANNE tu sampai lah ke Ketua nya yang dah mula lupa diri dan mudah mengantuk, sifat sombong dan takaburnya masyallah, mengalahkan burung merak yang suka menguraikan bulunya di khalayak ramai.

"ini bukan tido lah, dol. ni khusyuk namanya.."

At least burung merak tu nampak chanteq, dengan kalernya yang pelbagai dan perangainya yang STUPID PROUD.

"mak chanteqs, kan uols? tapi ada org habaq mak ni blonde. apa maksudnya ek?"

Ni kalau dah RUPA BURUK, ditambah pula dengan PERANGAI BURUK, maka memang bertambah tambah BURUKLAH jadinya.

"aaiyyyyo.... hakuuuu tarak burok kan..."

Mak teringat satu ketika masa mak memandu di Federal Highway menghala ke KL tahun lepas. Masa tu jalan jem berat (heavy) sangat. Adalah seekor (mak panggil seekor sebab perangainya mengalahkan seekor hanjeng gila) polis pengiring trafik membonceng motorsikal berkuasa tinggi memaki hamun mak bagai nak rak sebab lambat nak pergi ke tepi jalan sebab takut melewatkan perjalanan seorang VVIP. Mak masih teringat masa dia hon mak bertalu-talu dan menuding tangan ke arah mak beberapa kali menyuruh mak ke tepi, tetapi mak tak boleh ke tepi sebab jalan sesak sangat dan lain-lain kereta pun tengah menunggu giliran untuk ke tepi. Si hanj ni boleh ketuk-ketuk bumbung kereta mak sambil menjerit : “HOIII!! BODOH KE? ORANG DAH BAGI SIREN LAGI TERKIAL-KIAL KAT SINI!! LAIN KALI ORANG BAGI SIREN MAKSUDNYA KE TEPI LAH, SIAL!” I shit you not, my pren. Itulah kata-kata yang dihambur dari molot longkang polis tu.

"ehhh den lupo. kek mano lak den parking motor den..?"

"brader... lu mau kena hantam ini macam ka?"

Terus mak terjelepuk insaf dan berkata, beginilah sikap pemimpin kita hari ini. Tidak prihatin kepada kesusahan rakyat. Depa SEDAP JE ZOOM SANA ZOOM SINI pakai police outrider yang DIBAYAR DENGAN DUIT CUKAI RAKYAT MARHAEN tanpa mengambil peduli hal jalan sesak. Pernah ke depa cuba drive sendiri kereta dan alami sendiri kesesakan jalanraya di KL ni? Apalah sangatnya penting destinasi yang nak dituju sampai terpaksa menggunakan khidmat outrider dan menyusahkan orang awam? Kalau dah tau terlambat ke destinasi yang dituju, buatlah time management. Keluar lah awal untuk sampai awal. Apa punya BAGHAL pemimpin camni?

"walau pun i ni baghal, tapi i glamer, occay?"

Kita pun selalu dimomok dengan propaganda bahawa kerajaan BEE ANNE sahajalah yang boleh membawa kemakmuran, pembangunan dan perubahan. Iya ke? Nak kata terpinggir sangat, tidak. Nak kata maju ke depan pun tak jugak. Cumanya , dari segi ekonomi, bagus sikit dari Filipina dan Indonesia. Dari segi politiknya, kita baik sikit dari Singapura sekarang (matilah sedara mara mak kat sana yang pasti sentap kalau depa tau mak tulis laguni). Dah 50 tahun kita bagi chan depa memerintah. Bukan bertambah elok. Bertambah bodoh, ada. Dah lama sangat tempoh separuh abad ni. Bak kata Che’ Det masa nak resign dulu: DAH LAMA DAHHHHH! Biaq lah kita tengok orang baru mentadbir. Kalau tak cuba, kita tak taw, kan? Kalau depa tak seperti yang diharapkan, kita putaq pulak ikut hak lain. Kuasa kan kat tangan rakyat?


Masa hari mengundi dulu, mak balik kawasan. Mak mengundi di Parlimen Wangsa Maju. Atau dalam bahasa saintifik nya P116. Incumbent ialah calon BEE ANNE Yew Teong Look. Calon KeAdilan Wee Choo Keong telah berjaya mengalahkan incumbent dengan majoriti 150 undi sahaja. Pedulik apa, kan? JANJI MENANG. Mak pun tak sangka bahawa beberapa buah negeri akan jatuh ke tangan Barisan Rakyat. ESPECIALLY negeri kelahiran mak iaitu Selangor Darul Ehsan.

"ni lah MP kawasan mak. ada yg taste ke?"

Sekarang ni dah ada kerajaan negeri baru. Satu jerlah mak mintak dari kerajaan negeri Selangor yang baru. Tolonglah.TOLONGLAH perbetui jalan lekak lekuk, berlubang dan chompang champing di negeri ni. Wak Khir pernah habaq Selangor ni negeri maju. Maju ker?

"wak khir - sumbangannya dalam perkembangan produk tempe dan penyapu amat besar sekali"

Mak keje di Shah Alam, nonoqs sekelian. Shah Alam ni supposed to be taraf bandaraya, occay? Tapi apa kehe nya jalan dia mengalahkan jalanraya di bandaraya Yangoon yang pernah mak lawati 3 tahun sudah?

"cantik bebenor jalanraya di yangoon, taw. macam setan!"

Di Yangoon tu memang patutlah jalan berlubang lubang. Sebabnya penduduk dia banyak makan sireh, dan mereka meludah sireh tu ke jalanraya. Ekstrak air ludah bersireh yang berlendir berasid tinggi itu telah menghakis permukaan jalanraya, menjadikan jalanraya nya penuh dengan lubang yang tak kuasa. Orang kat Selangor ni pun banyak makan sireh ker?

"bukan jalanraya je yg boleh terhakis, manusia kalau dah di ptuuuuiii berkali-kali pun boleh taw.."

PLEASE OCCAY, TAN SRI? Dan please ya, YB Theresa. Lawat-lawatlah selalu ke kawasan Puchong tempat mak bermastatutin tu. Tolonglah pakat dengan YB Gobind supaya buat jalan alternative kepada LDP yang penuh noda itew. Tak koser lagi mak nak bayar tol RM 1.60 pagi-pagi dan terus sangkut dalam kesesakan lalulintas. Hazab taw! Dan mak taw YB Theresa cukup prihatin dengan penduduk setempat berkenaan kes Hutan Simpan Air Itam yang nak dijadikan taman perumahan itew. Tak koser taw Wak Khir ni. Pantang ada tempat bukit bukau dan menghijau sikit. Mesti nak bangunkan tanpa mengambil kira EIA nya. Kalau nak sangat buat taman perumahan, buatlah kat area Ijok yang masih lagi banyak tanahnya itew. Macam takde tempat lain.

"YB Theresa - superwoman, power puff girl, bionic woman all rolled into one"

Apa-apa hal pun, selepas PRU12 ni, banyak betul kekalutan dan kegawatan yang berlaku, terutamanya di dalam pentadbiran BEE ANNE sendiri. Dulu ngutuk kerajaan negeri Perak susah nak bentuk kerajaan negeri. Negeri yang dimenangi oleh awak sendiri pun kucar kacir. Lelah nak si anu tu. Istana pulak nak si polan ni. ADUN-ADUN pulak ikut emosi dan kene tarik idung. Eloklah tu. Inilah apa yang dikata oleh pepatah: Paku dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih. Ingat, bila awak menunjuk kesalahan orang dengan satu jari, empat jari lain pulak menunjuk kesalahan sendiri. Tarik selimut nak cover kepala, kaki Nampak. Tarik selimut nak cover kaki, kepala nampak. Ehhhh… mengalahkan Abang Karam plak mak ni. Ehehehehe….

"..ibarat si gendut memanggil si boroi gemuk.."

Oklah nonoqs semua. Mak berhenti di sini jer dulu. Nanti kita gebang pasal lain topic plak ye? Banyak bende yang nak crite ni tapi tak boleh longgokkan semua dalam satu post. Nanti kontang plak posting yang lain, kan? Biar berdikit-dikit. Dak gitu?

0 comments: