CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 7, 2008

...TUJUH, LAPAN... LAPAN LAGI...

Kembali lagi bersiaran setelah lama tidak melaksanakan tugas yang dicari disebabkan oleh kesuntukan masa dan ditambah pulak dengan perasaan malas.

".. mata kaler mcm Kabir Bedi (matila adik-adik skrg tataw sapa dia Kabir Bedi itew).."

Ntahlah, nonoq sekelian. Semenjak dua menjak ni mak terasa begitu penat sekali. Tatau kenapa rasa penat sebegitu. Last two weeks pegi jumpa doctor for my bi-monthly gastric check-up. Doctor habaq mak over-weight noqs. Actually it was not surprising sebab selepas mak berhenti merokok about three years back, badan mak bertambah berisi bagai dipam-pam. Matilah kepam, katanya! Bayangkanlah dari 60kg plus terus melompat mendadak ke 83kg! Matilah mak popular dengan chub-chasers! Anyways, yang menyayat ati ialah weight distribution tu tak seimbang. Ianya lebih kepada perut mak ni, uols. Perut mak ni macam dah tertelan gas. Buncit semacam. So mentelah kawan-kawan atau sedara mak tegur jer, mak pun buatlah lawak bodoh yang sebenarnya kebanyakan orang bersusah payah nak dapatkan six-pack abs, mak ada satu pack tak kisah pun. Matilah in denial!


".. ada species yang suka permandangan menarik iniew.."
Anyway doctor kata gastic mak dah bertambah baik. Mau tak baik? Dah lebih 8 minggu asyik telan pil Nexium 40 mg setiap hari. Tapi mak komplen gak kat doctor tu yang mak ni asyik mengah je semenjak dua menjak ni. Dia timbang berat badan mak dan compare dengan previous weight. Mak aiii! Naik lagi 3 kg. Mana taknya. Makan lalu, asyik mentekedarah jer kejenya! Bila perut bertambah buncit, bila duduk saluran esophagus tu terhimpit sebab posture yang tak betul, mana tak mengah? Dia nasihatkan mak lose weight dalam tempoh terdekat ni. Dan amalkan diet. Nasib baiklah mak banyak kenkawan qualified dietitian. Bolehlah dapatkan khidmat nasihat pakar secara percuma. Depa syorkan supaya mak amalkan diet low fat low cholesterol modified 1,200 kcal sehari. Tu dia! Matilah mak terkial-kial cuba nak fulfill keperluan diet itu.

".. errrksss.. help katanya..."
Rupanya bukan senang ya, nak berdiet ni nonoqs sekelian. Will power, will power, willpower! Lebih-lebih lagi untuk mak yang berkerja di dalam food industry ni. Kalau selalunya pergi outlet melantak sakan, sekarang ni depa macam dok heran tengok mak control makan. Depa pandang mak macam buang tebiat jer. Masyallah, kalau ikutkan ati memanglah mak nak bedal segala apa yang ada tapi mak kene control, tau tak! Depa pun time time nilah sengaja goda dengan pelbagai jenis menu dan resipi baru. Ya Allah ya Tuhanku. Kuatkanlah iman hamba mu yang serba lemah ini!
".. mau tak goyah iman kalau digoda ari² dgn makanan sebegini..."
Satu lagi yang mak penyegan dah berbelas tahun tak buat ialah melakukan senaman. Haiyo.. kalau masa muda muda dulu sukan yang mak selalu main ialah football! Betul, uols! Jangan pandang mak sebelah mata, occay? Bolasepak adalah sukan feberet mak. Bukan setakat tengok jer occay, tapi siap main lagi. Minat mak mungkin disemarakkan oleh cousin-cousin dan kawan-kawan mak yang rata-ratanya adalah footballers. Bukan setakat main liga kampong, occays? Pernah jugalah merasa main untuk team divisyen satu dalam premier league Selangor. Pernah gak mewakili sekolah masa porm paiv dan menang title juara Liga antara sekolah-sekolah WP bawah 18 tahun.

".. auwwwws..."
Mak jugak pernah main satu team dengan ex-footballer Malaysia yang kawin dengan seorang artis wanita yang kurang popular tetapi kemudiannya mula menyanyi lagu-lagu dangdut. Ala kawan baik Jakpa Onn yang bersuara halus macam Oshin tu.


".. laki akak lah tu..."

Team mak selalu gak lawan dengan team penulis terkenal Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah dan pelakon / pengarah muda (muda ke?) Along Kamaruddin. Sebenarnya dulu-dulu lagi mak dah taste dengan abang Along yang jugak seorang pelakon tak terkenal iaitu Shahrul. Tapi itu crite lain lak lah ye?

Namun lepas mula keja, disebabkan mak mula mendekatkan diri dengan kawan-kawan setaste dengan naluri mak, maka mak mula meninggalkan permainan sukan yang mak sayang ini. Bayangkanlah ya. Dulu masa main bola tukar pakaian dan tepuk tampar dengan kawan-kawan yang sepasukan adalah perkara biasa, sebab mak adalah part of the boys. Memanglah merembes dan taste kat sorang dua member lama tu, tapi dah nama pun member kan, takkan nak lelebey plak. Bila dah mula bekerja ni, dan dah mula tinggal bujang especially dengan kaum sespecies dengan mak yang secara pukalnya tak pernah main bola, maka mak pun dah tinggalkan langsung permainan ini. Dulu isap rokok tapi masih bereksesais jadi stamina masih lagi kuat. Lepas tu isap pelbagai jenis rokok, baik yang menyala dan tak, tapi tak eksesais, maka lama kelamaan skill dan stamina pun telah jatuh dengan mendadak.

".. apo tengok²? maw joint ka..."

Sampai lah ke lar.

Jadi bila doctor bagi ultimatum suruh bersenam tu mak pun duduk sejenak memikirkan strategi yang paling baik untuk mak melaksanakan eksesais dengan konsisten dan berkesan. Pelbagai idea mak catur, congak dan rejek. Ada yang mengarut dan rasanya tak akan dapat sampai target. At last mak pikir, eloklah mak joint gym dan mula menghayun badan di treadmill dan bagai. Sebabnya mudah. Kalau mak pergi berjogging (lebih kepada berjalan sebenarnya) keliling tasik Wawasan dekat rumah mak tu, mesti banyak sangat alasan yang mak beri pada diri sendiri. Panas lah. Ujan lah. Jalan tak rata lah. Kaki sakit lah. Busuk lah. Balik lewat lah. Ramai negro lah. Buat esok lah. Buat lusa lah. Buat tulat lah. Banyak sangat alasan. Jadi mak rasa I want to hurt myself where it matters most. My pocket! Bila mak bayar RM 175 / sebulan, maka untuk mendapat pulangan kepada pelaburan mak tu, mak kene paksa diri untuk hadir ke gym at least seminggu 5 kali. Satu session dalam 1 – 1½ jam sehari. Bakar lemak dalam 400 kalori sehari. Redah treadmill untuk at least 5km satu sessi. Ok kan? Eloklah ada daripada takde langsung. Ditambah plak dengan diet modified 1,200 kalori sehari tu, berat badan mak dah mula susut. Bukanlah mendadak kan. Sekarang ni dalam lingkungan 79-80 kg. Tapi kalau ikut BMI mak masih lagi overweight, uols.

".. bukan senang nak chanteqs, noqs..."
Some people find it hard to lose weight. Macam mak ni. Lemak tak bertepu terlalu banyak terperosok dalam perut mak ini. Tapi mak akan gigih terus mencuba untuk mengurangkan berat badan ni. Actually mak tak kisah dah dengan berat badan. Yang penting bagi mak ialah sihat. So kalau sihat means mak harus sacrifice, maka mak akan cuba yang termampu, noqs!

".. janji hepi..."

Itu ari mak tengok konsert AF6 yang ke tiga. Mama Rina memang a performer! You go, gurlfren. Cuma satu nasihat mak pada yang suka sangat komen bab yang buruk terhadap pelajar-pelajar atau pengacara. Sikit-skit sudahlah. Ingatlah yang family dan kawan-kawan depa pun baca segala perkara buruk yang hangpa tulih tu. Bayangkan hangpa di dalam kasut family depa. Tentu tak sanggup kan, hangpa baca cerca kutuk pasai mak, adik, kakak, abang hangpa semua? Sikit-skit cukuplah nar?

Oklah mak sign-off dulu. Hingga jumpa lain waktu. Daaaaa…..

0 comments: